Dr Mahathir serang Najib lagi, kali ini isu 1MDB




KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terus mempersoal pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, dan kali ini berhubung dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam tulisan terbaru di blog beliau, Mahathir berkata dana 1MDB ini berlagak sebagai Sovereign Wealth Fund iaitu dana kekayaan Negara.

Sedangkan kata beliau, hakikat sebanar duit untuk 1MDB adalah hutang dan bukan dari lebihan kewangan negara.

Sebenarnya kata beliau, perbelanjaan Kerajaan lebih daripada pendapatan termasuk sumbangan daripada Petronas yang menyebabkan bajet negara menghadapi defisit, bukan lebihan.

"Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan kewangan Negara. Ia dihutang. Berbillion ringgit dihutang yang menambah hutang Negara dengan amat tinggi.



"Hutang oleh Negara mesti dibayar. Jika tidak kita akan muflis seperti Argentina. Sebuah Negara yang mengalami defisit tiap tahun tidak mungkin bayar hutang sebesar ini," kata beliau.

Beliau juga menegur supaya pengurusan kewangan Negara perlu ikuti aturan peraturan dan diantaranya ialah kelulusan had siling hutang oleh Dewan Rakyat.

"Memang saya tidak perhati betul-betul tetapi saya tidak tahu akan peruntukan dalam bajet untuk membeli stesen janakuasa atau pembangunan beberapa projek," katanya.

Tulisan belaiu itu sebagai mengulas tulisan bekas Ketua Menteri Sabah Saleh Said Keruak yang berpendapat bahawa 1MDB ialah untuk bantuan dalam bidang pelajaran.

Bagaimanapun Mahathir berkata beliau tidak tahu kegunaan wang 1MDB untuk pelajaran.

"Yang saya tahu 1MDB diguna untuk membeli tiga buah stesen janakuasa dari YTL, Ananda Krishnan dan pemilik Jimah power plant di Negeri Sembilan.

"Harga pembelian lebih tinggi daripada harga pasaran. Kos tidak kurang dari 4 billion Ringgit," katanya.

Berhubung bantuan pelajaran katanya, sejak dahulu lagi kerajaan telah peruntukkan hampir 25 peratus dari bajet untuk pelajaran dan kerajaan tidak pernah hutang untuk maksud tersebut.

Sumber: Harakah Daily


Berikut adalah perkongsian Dr Mahathir di laman Facebook




Bacaan lanjut di TunDrMahathir.


0 komentar:

Posting Komentar

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger