18,000 Remaja Malaysia Hamil Dalam Setahun

0 komentar






Baru baru ini Ketua Wanita ISMA menyatakan bahawa pendidikan agama benteng terakhir dalam mengatasi masalah ini.


Dalam hal ini, kami ingin memetik ucapan Penolong Pengarah Pendidikan Negeri Selangor yang berucap di Majlis Anugerah Kecemerlangan sebuah Maahad, sekolah terakhir beberapa orang anak kami awal tahun ini.

Beliau mendedahkan dalam ucapannya bahawa ramai pelajar yang 'rosak' didapati kembali kepada akhlak asalnya walaupun telah mengikuti berbagai-bagai program agama yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan kementerian.
Ramai juga pelajar yang dikenali 'elok' ketika meninggalkan sekolah, namun secepat kilat berubah ke arah negetif sebaik meninggalkan sekolah. Pengaruh media dan rakan sebaya begitu kuat sekali.

Di samping menyeru ibubapa dan guru berusaha mencari pendekatan yang lebih berkesan, usaha merapatkan hubungan ibubapa dan guru dengan anak-anak serta pemantauan mereka harus diperkemaskan.
Ini bukan lagi masa untuk kita 'menghalau' anak-anak kita solat dan mengaji sahaja tanpa memahamkan mereka rahsianya. Kita sendiri jahil, sentiasa sibuk dan tidak cuba pula untuk mendekati mereka.
Ini bukan masa untuk hanya memaksa mereka bertudung tanpa memahami mengapa harus memakainya.

Hayat ibubapa tidaklah lama untuk hidup bersama anak-anak kita. Itulah sedikit waktu yang ada untuk kita pupuk kasih sayang dengan mereka. Itulah juga masa untuk kita sampaikan pendidikan agama, dari kefahaman al-Quran, sunnah dan sirah Rasulullah SAW, sejarah jatuh bangun Islam, pendidikan adab dan juga ulasan tentang isu-isu semasa.
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya, "Jika Dajjal datang ketika aku ada, maka aku sendiri akan menghapuskannya. Tetapi jika ia datang selepas aku tiada, maka setiap dari kalian terpaksa menghadapinya sendiri".

Itulah peranan pemimpin yang berilmu. Dengan ilmunya Dajjal mudah dikenali dan dihindari. Kita di zaman jahiliyah moden kini terumbang ambing dan meraba-raba. Bagaimana mahu menjauhi Syaitan dan Dajjal, bagaimana mahu mencintai Allah dan Rasul sedangkan kita sendiri tidak mengenalinya. Akhirnya neraka dunia kita sangka syurga dan begitulah sebaliknya.

Islam itu agama ilmu, agama maklumat. Ayat pertama turun pun "IQRA' BISMI ROBB" (Bacalah dengan nama Pengaturmu). Itulah ATURAN PENGATUR ALAM yang harus kita baca dan kaji.

Oleh itu, utamakan pendidikan yang berbentuk 'maklumat' yang mudah dimaklumi oleh anak-anak kita. Jangan kita didik mereka secara paksa, hanya kerana kita sendiri tidak memahami apa yang kita kata.
Percayalah...tanpa ilmu, maka anak-anak kita akan tetap menjadi ULAM DAJJAL.
Tanpa prejudis,


*********************
November 2, 2015 | BANGI – Aspek pencegahan khususnya penghayatan agama perlu diberi perhatian penting untuk mengurangkan bilangan remaja di Malaysia hamil setiap tahun.
Ketua Wanita Isma, Dr Nor Saleha Mohd Salleh berkata semua pihak perlu peka dan memandang serius langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan bilangan kehamilan luar nikah dalam kalangan remaja di Malaysia.
“Semua pihak termasuk NGO, sekolah dan kerajaan berperanan untuk cegah perkara ini supaya remaja terpelihara.
“Pendidikan agama adalah benteng terakhir dalam menangani masalah ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini.
Beliau turut mencadangkan agar Kementerian Pendidikan menambah tempoh masa belajar bagi subjek Pendidikan Islam di sekolah supaya lebih banyak lagi pendedahan kepada golongan ini.
“Tambahkan lagi tempoh masa belajar agama di sekolah terutama pendidikan Al-Quran,” katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata, walaupun banyak rumah perlindungan dan pemulihan tersedia untuk mereka bantu remaja yang sudah terlanjur namun ia tidak mencukupi kerana kaedah rawatan bukanlah beri penyelesaian menyeluruh.
“Dengan wujudnya rumah pemulihan ini secara tidak langsung dapat bantu remaja untuk perbaiki diri sendiri kerana ada tempat yang beri mereka peluang dan ruang untuk berubah.
“Namun aspek pencegahan lebih perlu difokuskan supaya ia tidak terus berlaku,” katanya mengulas kenyataan yang dikeluarkan Menteri Kesihatan berhubung purata 18,000 remaja hamil setiap tahun.
Dr Nor Saleha turut menggesa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil kira tayangan filem dan drama di negara ini yang boleh menjadi pengaruh kuat kepada remaja.
“Filem, laman web, Youtube dan sebagainya perlu ditapis bagi mengelakkan ia mudah diakses oleh remaja.
“Ibu bapa juga perlu pantau dan gunakan sistem ‘block’ pada wifi untuk laman web tertentu yang mendorong kepada perkara negatif,” katanya.
Minggu lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam mendedahkan data mengejutkan bahawa purata 18,000 remaja di Malaysia hamil setiap tahun dan mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan.
Daripada jumlah itu, 25 peratus atau kira-kira 4,500 kes membabitkan remaja yang mengandung luar nikah, katanya.
“Secara purata terdapat 1,500 kes remaja hamil setiap bulan dan 50 kes sehari di seluruh negara,” katanya kepada pemberita di Putrajaya.


Dipetik daripada  : WARGA PRIHATIN
Read more...

[VIDEO] FAM Bangsat oleh Ultras Malaya ketika Malaysia vs Arab Saudi

1 komentar

video

Adakah penggunaan bahasa 'Bangsat' diiktiraf Kamus dean bahasa dan Pustaka?
Mungkin dari benak suara hati mereka ini diterjemahkan dengan perasaan kecewa dan terkilan dengan pengurusan FAM? Bagaimana pengurusan negara Malaysia? Adakah yang di atas terbangsat sama?




Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi terpaksa dihentikan pada minit ke-88 berikutan insiden membaling suar oleh penyokong ultras Malaya.

Kejadian mendapat perhatian dunia sehingga satu akaun pengulas bola sepak, Football 24/7, memanggil memuat naik gambar kejadian dengan kapsyen "Malaysia Truly Asia"- Siakap Keli

Read more...

USD650 juta, UMNO Failkan saman terhadap Najib Razak

0 komentar

Najib Razak disaman oleh ahli Umno atas dakwaan melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya berdasarkan Common Law sebagai pemegang amanah Umno

KUALA LUMPUR: Suatu kes writ saman nampaknya telah diambil terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh salah seorang ahli parti Umno atas nama parti tersebut yang mendakwa bahawa beliau telah melakukan fraud ke atas ahli-ahli parti politik tersebut berkenaan dengan penerimaan derma sebanyak RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau pada March 2013 serta penggunaan dana itu tanpa pengetahuan parti.

Saman tersebut mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai seorang pemegang amanah berdasarkan Common Law, dan menuntut pembayaran balik sejumlah USD650 juta yang didakwa telah dikirim keluar oleh beliau ke satu akaun di bank Singapura yang bukan milik Umno pada 30 Ogos 2013.
Najib Razak juga dikehendaki membutirkan semua dana yang diterima beliau dalam bentuk derma dan juga penggunaan semua dana yang telah atau pada bila-bila masa tersimpan di dalam akaun AmBank Private Banking milik beliau di mana dana RM2.6 bilion itu diterima. Saman juga menuntut ganti rugi untuk ditaksir, kos dan relif-relif lanjut atau relif-relif lain yang akan ditetapkan oleh mahkamah.

Saman yang difailkan bagi pihak Umno turut mendakwa bahawa kedudukan Najib Razak sebagai ‘pesalah memegang kuasa’ dan kawalan beliau ke atas Umno telah mengakibatkan Umno tidak mampu mempertahankan atau membuat tuntutan bagi kepentingan parti terhadap Najib Razak.

“Plaintif menyatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno tidak berupaya dan/atau tidak berdaya untuk bertindak terhadap Najib Razak kerana kuasa dan pengaruh yang dimilikinya terhadap Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan yang merosakkan kepentingan ahli Umno,” begitu bunyi Pernyataan Tuntutan itu.
Plaintif juga memohon untuk mendapatkan relif injunksi untuk menghalang Ab Rauf Yusof, yang turut disaman di dalam kapasitinya sebagai pegawai am Umno, sama ada secara sendirinya dan/atau melalui Jawatankuasa Disiplin Umno, Majlis Tertinggi Umno, Badan Perhubungan Negeri, Bahagian dan Cawangan daripada mengambil sebarang tindakan untuk membuang beliau sebagai ahli Umno sementara kes ini diadili, semata-mata demi mengelakkan liabiliti ke atas kes ini.

Sememangnya Pernyataan Tuntutan kes ini bersandarkan perkara-perkara yang sudahpun diketahui umum kerana telah menjadi berita sensasi sejak Wall Street Journal mendedahkannya pada 2 Julai 2015 lalu.
Wall Street Journal telah mendakwa bahawa dana USD681 juta telah dikirim ke akaun peribadi Najib Razak di AmBank Private Banking pada 21 dan 25 Mac 2013 dari Falcon Private Bank di Singapura.

Pernyataan Tuntutan itu turut mengatakan bahawa Najib Razak telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau telah menerima RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya dan juga bahawa beliau bukan merupakan benefisiari peribadi kepada wang tersebut. Najib Razak juga dikatakan telah mengakui secara terbuka bahawa dana itu merupakan suatu derma daripada seorang dermawan Timur Tengah yang tidak dinamakan.'

Pernyataan Tuntutan itu juga mendakwa bahawa ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno menyatakan Najib Razak telah dilantik sebagai pemegang amanah Umno, bahawa wang tersebut adalah dana politik dan bahawa mereka telah menerima wang dari akaun peribadi beliau untuk membiayai operasi politik mereka.
“Oleh itu, Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah bagi kepentingan dan kegunaan Umno. Selanjutnya dan/atau sebagai alternative Plaintif menyatakan bahawa Najib Razak adalah memegang dan/atau telah memegang RM2.6 bilion tersebut sebagai amanah konstruktif bagi kepentingan dan kegunaan Umno,” Pernyataan Tuntutan tersebut menyimpulkan.
Pernyataan Tuntutan itu selanjutnya mendakwa bahawa Najib Razak telah melanggar Perlembagaan Umno, peruntukan-peruntukan Akta Pertubuhan 1966 dan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah dengan cara:
Tidak memaklumkan atau mengisytiharkan bahawa beliau telah menerima sejumlah RM2.6 bilion tersebut kepada Majlis Tertinggi Umno;

Menolak atau gagal memberi penjelasan kepada Umno tentang kegunaan RM2.6 bilion tersebut;
Tidak membenarkan Umno untuk memberi penjelasan tentang jumlah RM2.6 bilion bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
Gagal menyebabkan jumlah RM2.6 bilion tersebut dinyatakan dalam akaun Umno yang telah diaudit bagi tahun kewangan 2013 dan 2014;
Memindahkan wang berjumlah US$650 juta kepada sebuah akan bank di Singapura yang tidak dimiliki oleh Umno pada atau kira-kira 30 Mac 2013;
Telah membayar dan/atau memindah USD650 juta secara bertentangan dengan Perlembagaan Umno;
Telah menggunakan dan/atau menyimpan sebahagian dari jumlah RM2.6 bilion untuk kepentingan dirinya sendiri secara menjejaskan kepentingan Umno; dan
Pada setiap masa sebelum menerima jumlah RM2.6 bilion tersebut, Majlis Tertinggi Umno tidak pernah melantik beliau menjadi pemegang amanah bagi tujuan menerima wang tersebut.
Saman difailkan oleh firma guaman Haniff Khatri.

Sumber : Free Malaysia Today
Read more...

[ SubhanAllah Video Stacy Mengucap Memeluk Agama Islam ]

0 komentar

video

Subhanallah stacy.. bertambah lagi saudara seislam kita.
Read more...

Akhirnya Abdul Razak Baginda buka mulut

0 komentar


SHAH ALAM – Sekian lama menyepikan diri, nama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul semula selepas kes membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui titik noktah.

Bercakap kepada sebuah portal, Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes itu menyifatkan spekulasi membabitkan kes kematian penterjemah itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.

"Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini. Tetapi kini lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang. Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul (Sirul Azhar Umar) melarikan diri ke Australia,” ujarnya.

Pada 2008, Abdul Razak dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Abdul Razak mengakui bersedia untuk membuka mulut sekarang kerana kes itu sudah berakhir dari sudut undang-undang.

Beliau juga dipetik sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu," katanya sambil mendakwa memang wujud kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?" soalnya.

Sumber : Sinar Harian
Read more...

Bagaimana untuk 'REJECT' Lamaran daripada Seseorang yang Tidak Anda Cintai?

0 komentar


Cerita dongeng yang menunjukkan bahawa "ya , oh , ya ! " hanya jawapan yang pernah diberikan kepada cadangan perkahwinan. Namun , terdapat banyak sebab-sebab yang baik untuk menolak lamaran mungkin ia lahir  daripada ketidakpastian anda atau anda tidak bersedia.

1) Jika seseorang itu sudah menghulurkan cincin tanda ingin melamar (terutama lelaki) , sebagai seorang wanita tidak perlu terima cincin tersebut, dan berkata lah, cincin apakah ini? Saya perlu berfikir lebih panjang untuk ke arah itu.

2) Semasa dalam proses lamaran tersebut itu, jangan sesekali bermain dengan 'hint' yang menuju ke arah perkahwinan ataupun yang seumpama itu yakni menjurus ke arah jinjang pelamin.

3) Elakkan diri anda membuat sebarang perjanjian bersyarat, nanti akan termakan diri sendiri.

4) Beritahu hal sebenar tentang perasaan anda, jika ya, teruskan penerimaan lamaran daripada si dia. Jika tidak, anda perlu tegas dengan keputusan anda.

Sumber : Reject proposal 
Read more...

Siapakah Orang yang Pertama Mendarat di Bulan?

0 komentar


Tahukah anda?


Beribu-ribu tahun, manusia telah memandang ke langit dan bermimpi berjalan di atas bulan. Pada tahun 1969 , sebagai sebahagian daripada misi Apollo 11 , Neil Armstrong menjadi manusia pertama untuk mencapai impian itu dan  diikuti  kemudian oleh Buzz Aldrin

RIP

Pencapaian mereka dikemudi oleh Amerika Syarikat menjelang Soviet pada Perlumbaan Angkasa dan memberikan orang di seluruh dunia dengan harapan untuk penerokaan angkasa masa depan .


Sumber : Leading Trust 



Read more...

Video Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha di Gegar Vaganza

0 komentar





Video Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha di Gegar Vaganza

Kuala Lumpur : Pelakon Hairul Azreen melakukan kejutan buat kekasihnya yang juga pelakon Hanis Zalikha apabila dia melamar wanita itu pada final Gegar Vaganza yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam tadi.
Lamaran itu diadakan pada segmen selingan sewaktu persembahan kumpulan Kristal.
Hanis menerima lamaran itu dengan berkata: "InsyaAllah ok saya terima".

Hairul ketika ditemui berkata, perancangan ini sudah diatur bersama Astro dan keluarga Hanis tanpa pengetahuan Hanis sendiri.

"Saya memang bercadang melamar Hanis namun tidak menyangka ia dilakukan di atas pentas. Meskipun pada awal merasa seperti tidak kena namun ia kehendak Astro sendiri yang mahukan gimik lain daripada yang lain berlaku dalam program terbitan mereka.

"Keberanian melamar Hanis di hadapan ramai bagi memberitahu kepada semua status hubungan kami yang selama ini orang tahu kami berkawan baik.

"InsyaAllah perbincangan susulan akan dilakukan bersama kedua ahli keluarga dan kalau boleh saya mahu berkahwin tahun ini juga," katanya.

Sumber Harian Metro
Read more...

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger