Lorong Haji Taib Bertukar Menjadi Surau dan Madrasah?

Lorong Haji Taib

Mungkin di antara kita pernah mendengar mengenai Lorong Haji Taib, terutamanya warga bandar Kuala Lumpur kerana tempat ini popular dengan kisahnya yang tersendiri. Ia menjadi sarang maksiat yang bermaharajalela suatu ketika dahulu.

Ikutilah cerita oleh Penulis Anak Pendang Sekeluarga di bawah; 

 Kisah Rumah Pelacuran di lorong Haji Taib bertukar menjadi Surau dan Madrasah
Kisah ini di Malaysia

Alhamdulillah, dengan keberkatan usaha dakwah, Allah سبحانه وتعالى telah ubah keadaan dan suasana dari kegelapan kejahilan kepada cahaya keimanan.

Dulunya bangunan ini adalah rumah pelacuran tetapi sekarang bangunan ini berubah menjadi surau dan juga berfungsi sebagai madrasah tahfiz.

Cerita seorang ahbab Jemaah Tabligh

Saya pernah keluar 3 hari di situ, alhamdulillah ada 10 orang pelajar tahfiz dari Kemboja. Tukang masak seorang dari Acheh,Indonesia. Dulu tempat itu adalah rumah pelacuran dan sekarang dgn izin Allah telah berubah. Ianya bermula berkat ketabahan usaha dakwah yang dilakukan oleh Hj Ismet dan Haji Zakaria Kg Baru yang bertekad ingin mengubah keadaan dan suasana di kawasan tersebut. Bangunan tersebut apabila dikemas, banyak kondom yang telah dipakai ditemui sampai 2 beg besar berjaya dihimpunkan. Renovation telah dibuat terhadap bangunan tersebut.Di bahagian bawah bangunan ini terletaknya kedai menjual pakaian sunnah dan diatas ada surau dan madrasah tahfiz. 



Sama-sama kita mendoakan supaya surau dan madrasah tahfiz ini dipelihara oleh Allah سبحانه وتعالى . Juga sama-sama kita doakan supaya Allah سبحانه وتعالى limpahkan keberkatan terhadap Haji Ismet, Haji Zakaria dan keluarga mereka kerana menjadi asbab terbinanya surau Annur dan madrasah tahfiz tersebut.

Semoga usaha ini berterusan dan kepada orang ramai mari lah sama sama membersihkan nama lorong ini , agar perkara yang lama tidak berlaku lagi. Insha Allah.- WarkahTerkini


Sumber: Anak Pendang Sekeluarga

0 komentar:

Posting Komentar

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger