8 Jenis Perempuan Paling Menyampah di Mata Lelaki





Selepas mendapat informasi daripada responden daripada para lelaki, mendapati ada 8 Ciri ciri perempuan paling menyampah di mata seorang lelaki.

1) Busuk/Terlalu Wangi


-Daripada maklumat responden , mereka bersetuju yakni
 tidak sukakan perempuan yang busuk ataupun terlebih wangi. Maksudnya di sini, lelaki sukakan perempuan yang 'simple' dan tidak terlalu melampau . Hatta, tidaklah terlalu busuk dan tidaklah terlalu wangi. Kalau busuk, yang cantik boleh jadi buruk. Kalau terlebih wangi, yang cantik boleh menyakitkan. Jadi, kepada perempuan di luar sana, kalau nak mengenakan minyak wangi sekalipun, jangan guna yang terlalu menyakitkan hidung.

2) Gedik
- Kesemua 8 responden menyatakan tidak suka pada perempuan yang suka mengedik lebih atau jelek gatal 'mengelinyor'. Meskipun begitu , 5 daripada 8 responden bersetuju bahawa, perempuan-perempuan yang bertaraf cun boleh lagi diterima kegedikan mereka.


3) Berlagak
- 5 Responden paling menyampah dengan perempuan berlagak. Pada mulanya mereka tidak ingin memanjangkan 'point' ini tetapi ada dikalangan responden pernah terkena dengan perempuan yang berlagak dan majaoriti mereka bersetuju. Tetapi, mungkin kerana responden yang dipilih ini tidak terlalu hensem membuatkan perempuan malas untuk melayan mereka. Namun demikian, 3 lagi responden sukakan perempuan yang sombong kerana menganggap perempuan itu satu makhluk yang suci dan indah, sombong itu bukan tanda berlagak, tetapi pemalu. Betul ke?

4) Selekeh
- 6 Responden bersetuju perempuan selekeh buruk di mata mereka. Selekeh dalam erti kata lain ialah tidak pandai bergaya ataupun memang tak pernah bergaya. Pemilihan tona-tona warna untuk digayakan penting kepada mereka ini.  2 daripada mereka tidak bersetuju kerana selekeh itu hanyalah luaran semata-mata, yang penting. Alhamdulillah. Jejaka Malaya Terakhir.


5) Demand/Kaki kikis
- Kesemua mereka amatlah bersetuju perempuan yang 'demand' patutlah dihindari. Perempuan yang demand ini dianggap kaki kikis duit PTPTN mereka. Di awal perkenalan, ajak makan aiskrim pun taknak. Tapi apabila sudah kenal lama kelamaan, beg tangan prada, ipad, gelang emas?  'Sorry to say, this type of girls is the real b****' (google translator= error in grammar ) , kata seorang responden.

6) Mekap tebal
- 7 daripada 8 responden tidak sukakan perempuan yang suka mengenakan mekap tebal kerana mekap tebal ini dianggap menyembunyikan wajah sebenar si perempuan. Pada mereka, perempuan yang tidak mengenakan mekap atau mekap ala kadar adalah lebih cantik. Walaubagaimanapun, seorang responden diam. Mungkin makwenya suka mengenakan mekap tebal.

7) Bising
- Kesemua responden sebulat suara bersetuju perempuan bising menjelekkan (annoying).  Mereka berpendapat, perempuan yang bising ini kurang kasih sayang ataupun mengalami masalah kecelaruan identiti yang menyebabkan mulutnya tidak boleh berhenti bercakap. Mereka lebih sukakan perempuan yang ayu dan pandai menjaga mulutnya.

8) Freehair
- 5 daripada 8 responden mengatakan tidak sukakan perempuan yang tidak bertudung. Pada pandangan mereka, perempuan freehair ini tidak pandai menjaga apa yang diberi pinjam oleh Allah kepadanya. Walaubagaimana pun, 3 lagi responden mengambil pendekatan positif yang mana mungkin perempuan freehair ini kurang pendedahan tentang agama dan masih lagi boleh dibentuk mungkin mereka tidak diberi hidayah dan pendedahan bahawa betapa pentingnya menutup aurat, Ya, mereka patut diberi peluang.



Pautan- Jangan Ignore

Rahsia Wanita VS Lelaki

23 Tanda Lelaki Jatuh Cinta Pada Wanita


8 komentar:

  1. A good info. Keeps on sharing :)

    BalasHapus
  2. ahahahahaha... ada yg terasa nih :3

    busuk tak, tapi kuat peluh ye.. haish.. geram gile.. rasa nak gi buat pembedahan je buang kalenjar peluh yg melampau.. wangi sangat.. hurmm.. kalau perempuan tuh pakai perfume laki pun sama ke? ahahaha

    lawak gile.. gedik tapi cantik no hal.. lepas.. ahahaha adeh.. punah2.. takpe faham2..

    berlagak.. yups ada yg sombong sebagai satu lambang menjaga maruah diri.. kalau tak sombong, habislah perempuan2.. semua boleh layan.. erkkk..
    tapi ada yg sememangnya tulen sombong.. sombong tak bertempatlah kiranya..

    selekeh... alahai.. tup kena kat hidung.. :3 don't mind.. don't mind.. just be yourself.. love yourself is enough.. ayat pasrah ahahaha...

    erkkk.. kenapa zaman sekarang ramai perempuan demand melampau2?? tak fahamlah.. ini dalam seminggu perabiskan duit org.. peliklah..

    mekap tebal.. yg tebal mekap je :3 some peremmpuan mekap sbb nak dia rasa secured, second sbb nak org yg dia suka ambil perhatian, 3rd sebab nak menunjuk and mengorat.. ok yg 3rd tuh nampak mcm kejam lak ayat.. TT^TT

    habihlah.. mmg mulut jenis bising tambah2 bila dah kenal org tuh XD ahaha.. cakap dah lah kuat.. ahahaha..

    freehair.. tuh hak masing2.. tapi semua org dah tahu hukum bagi seorang perempuan Muslim yg tak bertudung.. pandai2 le kome ahahaha..

    BalasHapus
    Balasan
    1. Amboi, panjang lebarnyerrrr Encik Junkyo No Hikari mengrespond..hehe..boleh buat artikel siap bagai ni...responden memang asli ni, tarak jual..tapi yg sebenarnya, sebagai perempuan mereka tau apa yg baik ape yg buruk.just follow the lumrah alam yg baik dan betul. tq

      Hapus
    2. ahaha.. apa boleh buat, mmg kenis komen panjang kalau ada benda nak cakap.. ahahaha :3

      anyway, urm I'm a girl maa.. thats why.. ahahahaha..

      betul2... betul sgt dah tu :3 wc XDD

      Hapus
  3. Info yang bagus..boleh jadi panduan..hahaha..
    Tang bau badan tu, bleh cuba Alfalfa untuk hilangkan bau badan dan masalah lain.. :-)

    Jemput singgah.. http://www.cintavitamin.com/search/label/Alfalfa

    BalasHapus

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger