4 Cara Kawal pengambilan gula


Gula

Ramai di antara mereka di luar sana yang gemarkan makanan manis seperti kek cawan, kuih donat, coklat, ais krim dan minuman berkarbonat bukan? 

Namun, umum mengetahui bahawa senarai makanan yang tersenarai di atas tidak baik untuk kesihatan dan harus dikurangkan pengambilannya dalam rutin harian. 

Lebih-lebih lagi individu yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Hendak dapatkan badan yang Stylo semamangnya aspek aspek pengambilan gula perlu di kawal jika tidak susah untuk mendapatkan berat badan yang idela mungkin akan boleh menghidapi penyakit diabetis.

Jika anda bertekad ingin menghentikan kebiasaan makan makanan manis, maka ikutlah panduan/tips seperti di bawah ;




1. Biasakan makan sayur dan buah 

Agak sukar bagi mereka yang sudah terbiasa makan makanan manis untuk tidak mengunyah sesuatu yang bergula. Oleh itu biasakan diri anda makan buah dan sayur terlebih dahulu. Anda boleh mendapatkan rasa manis dari buah dah menghindari kelaparan dengan banyak memakan sayuran. 


2. Banyak minum air

Minum banyak air sangat efektif dalam menghadkan pengambilan makanan manis kerana air mampu membuatkan anda kenyang dan membakar lebih banyak kalori. Apabila anda mula teringinkan makanan yang manis, ambil sebotol air dan minum hingga beberapa teguk. 


3. Makan coklat hitam

Bagi penggemar coklat, kurangkan pengambilan coklat putih dan coklat susu dengan mengambil coklat hitam atau 'dark choclate'. Walaupun agak pahit dan tidak sesedap coklat lain, namun ianya mampu membuatkan anda lebih tenang dan tidak merasa tertekan dalam usaha menghindari makanan bergula. 

4. Ambil makanan masam

Biasakan minum jus perahan lemon atau limau nipis atau pun dengan pengambilan buah anggur dan kiwi mampu membuatkan diri anda terhindar dari menyentuh makanan manis. 

Sesungguhnya setiap kejayaan perlukan pengorbanan. Anda perlu konsisten dalam mendisiplin diri anda untuk mengurangkan pengambilan gula. Mungkin anda akan berasa sedikit terseksa kerana banyak pantang larang yang harus dilalui dalam mengawal pengambilan makanan bergula, namun fokus pada tujuan utama dalam menurunkan berat badan atau mengelakkan diri dari penyakit diabetes, jadi anda harus tekad dan terus berusaha. 

Selamat Maju Jaya!





0 komentar:

Posting Komentar

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger