7 Tips Sedekah yang WAJIB kita amalkan



Tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Warta Terkini ingin membuat perkongsian Formula bersedekah yang ramai diklangan kita ambil mudah atau acuh tak acuh. 

Sebelum itu ingin saya kongsikan dialog di bawah sebagai pembuka minda anda :

#KakMudah : Kita pernah mendengar seseorang mengatakan ``Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tapi kita kena usaha. Kita juga pernah mendengar kata kata `` Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Tuhan".

#PakZalora: Bagaimana kita memahami kedua dua ayat ini? Apa bezanya? Yang mana satu betul?


1. Setiap pagi sedekah. Sedekah tak semestinya wang. Sedekah boleh dari berzikir iaitu tasbih, tahmid dan takbir. Boleh bagi binatang makan. Bagi sedekah pada orang terdekat dulu, seperti mak, ayah dan anak-anak. Ada orang dalam kesusahan jangan ragu-ragu sedekah.


2. Minta doa daripada mak ayah agar murah rezeki bagi yang masih ada. Mereka keramat kita di dunia ni.


3. Buat banyak-banyak yang ALLAH suka, insya ALLAH apa yang kita minta akan dapat. Buat sunat Dhuha, baca surah Waqiah setiap hari dan selalu istighfar dan selawat.


4. Doa mustajab antaranya waktu kita sujud dalam solat dan waktu hujan turun kerana waktu hujan ALLAH buka semua pintu langit dan doa cepat sampai. Seorang sheikh pesan dia akan berhenti kereta dan doa waktu hujan. Sampai sekarang terngiang apa yang sheikh tu ajar. Saya amal sampai sekarang.


5. Sedekah 1 ALLAH balas 10. Yakin betul-betul dengan ALLAH. Saya pernah kosongkan akaun bank saya untuk bersedekah. Alhamdulillah, ALLAH bagi saya berganda dari wang yang saya sedekahkan.


6. Sedekah waktu pagi, malaikat akan doa pada orang yang infakkan hartanya waktu pagi. Jadi ambil peluang doa malaikat ini pada kita. Hadis sahih ini ustaz ajar.


7. Orang yang bersedekah takkan ditimpa musibah. Musibah tak boleh melintasi bagi mereka yang sedekah.



Kita perlu  letak 100% kepada ALLAH rezeki ini. Rezeki Allah luas, mintaklah kepada Dia.

Kita juga perlu lebihkan ikhtiar di langit dari ikhtiar di bumi. Kerana rezeki lebih mudah dijemput dari mencari rezeki.

-WT-

3 komentar:

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger