Kereta terbabas Pelajar UiTM maut di Kampus



Sebuah kereta model Volkswagen Passat terbabas yang telah mengakibatkan seorang pelajar UiTM maut semasa perjalanan balik dari kuliah.

Menurut sumber dan orang ramai yang menyaksikan kejadian yang berlaku  kereta tersebut dipandu oleh seorang pensyarah dan telah pitam ketika memandu disebabkan oleh tekanan darah tinggi dan dipercayai telah tertekan pedal pemecut lantas merempuh pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam itu.

Mangsa iaitu Fatin Farah Faraddia ,telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang sejurus kejadian rempuhan itu berlaku dan kira kira pukul 7.30 malam mangsa telah meninggal dunia.





Dipercayai, kereta tersebut dipandu oleh seorang pensyarah wanita  di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang mengalami pitam dan tekanan darah tinggi dengan tidak disengajakan telah merempuh arwah tersebut . Diberitakan arwah mengalami pendarahan dalaman yang begitu kritikal.

Al Fatihah buat arwah, sehingga sekarang pensyarah tersebut masih tidak sedar dan percaya beliau telah melanggar seorang pelajar dan mengakibatkan kematian. Menurut pelajar UiTM , laluan pejalan kaki di situ agak berbahaya yang telah menjadi laluan untuk pelajar Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan juga Fakulti Sains Sukan dan Rekrasi.








Pautan- SiakapKeli

TIPS hadapi Peperiksaan Bertulis
RAHSIA Lulus Temuduga Kerajaan



0 komentar:

Posting Komentar

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger