Penjawat Awam Terima Kenaikan Gaji baru Awal Januari 2015




Berita Kenaikan Gaji 2015 Naik Untuk Kakitangan Awam (RM500 Kakitangan Sokongan) & (RM1000 Pegawai Kerajaan)?


Warkah Terkini  24 Sept,2014 -  Kini kian tersebar meluas tentang kenaikan gaji untuk kakitangan Awam di Facebook, Twitter , Blog dan lain lain lagi. Berita ini memberi kejutan kepada warga kakitangan awam yang akan mendapat durian runtuh tatkala menerima tekanan untuk penguatkuasaan GST April 2015 depan.


Jika berita ini adalah benar, sedikit sebanyak membuatkan kakitangan kerajaan menarik nafas lega untuk menghadapi kenaikan harga barang dan minyak tidak lama lagi apabila GST dikuatkuasakan.

Hal ini mendapat maklum balas daripada Facebook melalui like, share serta komen.

Diberitakan kenaikannya di antara RM500-RM1000 mengikut pangkat dan kelayakan kerja. Jika benar kenaikan ini betul betul terlaksana, diharapkan semua kakitangan awam meningkatkan mutu dan kualiti kerja setimpal dengan apa yang mereka perolehi.


Tetapi, apakah nasib pekerja swasta? Adakah mereka tidak mendapat apa apa kenaikan daripada majikan mereka? Diharapkan pihak kerajaan dan swasta merombak semula skim gaji minimum pekerja swasta iaitu RM900 demi kebajikan rakyat yang mana dilihat tersedak akibat kenaikan pelbagai barangan pada tahun 2015 nanti.



PautanPembongkaran RAHSIA Lulus Temuduga Kerajaan





0 komentar:

Posting Komentar

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger