TELEKOM MALAYSIA BERHAD ATASI GOOGLE MAPS






KEMAMAN - Telekom Malaysia Berhad (TM) memperkenalkan Perkhidmatan Pengawasan Udara bagi Keselamatan dan Kesejahteraan 1Malaysia menggunakan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang boleh membantu pasukan keselamatan ketika berdepan situasi kecemasan.

Pengarah Projek Pusat Panggilan Kecemasan Malaysia (MERS) 999, TM Sektor Kerajaan, Ir Rozinah Anas berkata, UAV juga dapat memberi respons awal apabila berlaku sebarang kes terutama jika lokasi terbabit tidak dapat dilalui menggunakan pengangkutan darat.

“Sistem pengawasan jauh UAV ini boleh diterbangkan ke udara dengan menggunakan alat kawalan jauh dan dilengkapi kamera bagi membolehkan kita melihat keadaan di lokasi kecemasan.

"Alat ini mempunyai kamera berlainan bergantung pada situasi," katanya.

Kata Rozinah, uniknya UAV boleh diterbangkan dalam ketinggian yang rendah, jadi imej dapat dilihat dalam jarak dekat.

"Malah, UAV ini juga fungsinya lebih bagus daripada Google Maps,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Rozinah, UAV sesuai digunakan pada saat genting sebagaimana berlaku ketika banjir paling besar dalam sejarah yang melanda Kemaman hujung tahun lalu, apabila sistem telekomunikasi terjejas dan jalan perhubungan pula ditenggelami air.

“Dengan adanya UAV, jika tempat bencana sukar dimasuki, kita boleh terbangkan UAV ke sekitar lokasi kejadian untuk melihat keadaan,” katanya.



Menurut Rozinah lagi, pihaknya bercadang mahu mempromosikan UAV kepada agensi kerajaan seperti Majlis Keselamatan Dalam Negara, pihak berkuasa tempatan dan sebagainya, yang mana data dirakamkan alat itu boleh dikongsi bersama agensi lain.

Malah katanya, UAV yang bersifat mesra alam itu juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan, bukan semata-mata semasa kecemasan sahaja.

Disebabkan fungsinya untuk merakam gambar dan video daripada udara, UAV boleh digunakan untuk memantau kawasan sempadan negara bagi memastikan tidak berlaku pencerobohan.

Video dan gambar pemandangan diambil UAV juga boleh digunakan untuk mempromosikan Malaysia di mata dunia, selain boleh menjadi alat pengesan sekiranya ada kes orang hilang dalam hutan.

Sumber ; Sinar Harian


Akhbar Malaysia Diperlekehkan oleh Johnny Knoxville di laman Twitter
4 Cara Menjemput Jodoh

0 komentar:

Posting Komentar

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger