UPSR "Bocor"- Pengarah, Timbalan Pengarah Operasi LPM digantung tugas - TPM

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,

LAOS: Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), Dr Naimah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM, Dr Wan Ilias Saleh digantung tugas dalam tempoh siasatan berkuatkuasa serta merta berikutan insiden kebocoran soalan UPSR.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengumumkan perkara itu hari ini, berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan), Datuk Misrah Ibrahim, akan menjalankan tugas dan tanggungjawab Pengarah LPM.

"Dalam kes ini Pengarah LPM perlu bertanggungjawab kerana sudah menjejaskan integriti Kementerian Pendidikan.

"Siasatan akan dijalankan dengan telus dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang bersalah.


"Walaupun terdapat sistem kawalan yang baik, perbuatan tidak amanah dan khianat ini membuatkan anak-anak kita tertekan dan ibu bapa tidak keruan akibat insiden ini," katanya.

Sumber: Berita Harian


Huraian Warkah Terkini

Sebenarnya isu soalan bocor dalam peperiksaan di Malaysia ini telah lama pun terjadi, Cuma ia telah menjadi viral yang cepat dalam era kini kerana kepantasan lama sosial serta kewujudan laman sosial seperti facebook, wechat, whatsapp dan lain lain lagi yang tiada pada tiga hingga lima tahun lepas.

Apabila ini terjadi, kepantasan maklumat kebocoran berlaku amat pantas dan menjadi viral apabila dikongsi di laman sosial  serta "group' laman sosial seperti whatsapp, wechat dan lain lain lagi.

-WT-

0 komentar:

Posting Komentar

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger