Harga Minyak Ron 95 dan Diesel Naik 20 sen Tengah Malam ini!


Shah Alam:  Menjelang tengah malam ini harga minyak RON95 dan diesel akan mula dinaikkan sebanyak 20sen.

Maka, harga baru bagi RON95 akan menjadi RM2.30 seliter dan diesel pula akan menjadi RM 2.20 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan subsidi bahan api semasa sebanyak 20sen selaras dengan pelan rasionalisasi subsidi.

"Walaupun dengan peningkatan ini, kerajaan masih lagi perlu mengeluarkan perbelanjaan lebih daripada RM21bil subsidi bahan api RON95, diesel dan LPG tahun ini.

Harga semasa RON95 adalah RM2.58 seliter dan RM2.52 seliter bagi diesel.

Nampaknya, di stesen stesen minyak pada waktu ini sesak dengan orang ramai berebut rebut mengisi minyak sebelum tengah malam ini.- WarkahTerkini

Sumber- Thestar, MalaysiaKini

0 komentar:

Posting Komentar

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger