Panduan Lengkap Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41

Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik 

Pihak SPA telah memanggil calon tergempar!

Kepada calon calon yang dipanggil untuk menghadiri Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 tahniah diucapkan sama sekali. Bukan calang calang orang yang dipanggil oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) jika anda adalah salah seorang daripada ribuan calon yang lain. Ini kerana setelah diberitahu oleh sebuah kumpulan yang mengendalikan panduan dan tips peperiksaan kerajaan khususnya  iaitu Tim Info Kerjaya, jawatan ini tiada dalam takwim SPA tahun ini tetapi 
pemohon terkejut menerima SMS dari SPA.

Tugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik bukanlah suatu tugas yang mudah. Jika anda memasang impian untuk menjadi salah seorang daripada Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 adalah wajib bagi anda mengetahui tugas-tugas sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik ini.


TUGAS - TUGAS UMUM PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Secara amnya, di antara tugas tugas yang perlu dilaksanakan oleh seorang PTD termasuklah

"Merancang, penggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah, daerah , tempatan, tanah , perancangan dan pentadbiran sosial"

Selain itu, tugas sebagai seorang PTD juga meliputi tugasan yang mencabar iaitu:

"Hubungan antarabangsa dan hal ehwal negara, keselamatan, pertahanan negara dan pengurusan teknologi maklumat"

8 Tugas Utama PTD

1. Pengurusan Ekonomi
2. Pengurusan Sumber Kewangan
3. Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4. Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi
5. Perancangan dan Pengurusan Sosial dan Infrastruktur
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah, PentadbiranTanah , Daerah dan Kerajaan Tempatan
7. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri
8. Keselamatan dan Pertahanan Negara.

Tugas dan peranan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik ini tidaklah suatu tugas yang mudah, cabaran sebagai PTD ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan keadaan semasa.

Kepada calon-calon yang akan menduduki Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 anda perlu tahu terdapat Tiga Ujian yang perlu anda hadapi  Pertama ialah Ujian Bertulis. Kedua, PTD Assessment Centre (PAC) dan akhir sekali barulah Temu Duga. Bagi Ujian Pertama iaitu Ujian bertulis ia mempunyai Empat Seksyen merangkumi;

Seksyen A  Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B, Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen C, Esei Bahasa Melayu.
Seksyen D, Esei Bahasa Inggeris


#1 Seksyen A  Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.






#2 Seksyen B, Daya Menyelesaikan Masalah





#3 Seksyen C, Esei Bahasa Melayu



#4 Seksyen D, Esei Bahasa Inggeris



KESIMPULAN

Begitulah serba sedikit perkongsian yang sempat dibuat oleh kami dan juga hasil pertanyaan secara langsung oleh bekas calon Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41. Kepada calon calon yang berjaya nanti jangan lupa untuk persediaan TEMUDUGA agar boleh ke peringkat yang seterusnya.

Kepada calon calon yang tercari cari Panduan yang lebih tepat dan mantap untuk menghadapi Ujian Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini boleh kiranya terus ke pautan di bawah.







Pautan Lain : Info Kerjaya

0 komentar:

Posting Komentar

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger