3 Tips Merawat Wajah


Setiap orang mengimpikan wajah yang bersih, sihat dan bertenaga. Tetapi ramai yang membuat kesilapan dan memandang mudah mengenai perkara ini. Ikutilah Tip merawat wajah seperti di bawah.

1. Basuh muka seelok-eloknya basuh muka setiap hari dengan menggunakan pembersih wajah yang bersesuaian dengan kulit wajah anda. Elakkan membasuh wajah ketika anda berpeluh. Ia bertujuan bagi mengelakkan wajah anda ditumbuhi panau.

2. Gunakan krim pelindung matahari Umumnya, aktiviti luar yang dilakukan menyebabkan wajah sering terdedah di bawah sinaran matahari yang terik. Justeru, bagi mengelak pendedahan sinar matahari secara langsung yang boleh merosakkan kulit, gunakan krim pelindung matahari yang sesuai dengan tempoh waktu anda mendedahkan kulit wajah pada sinar mentari. Lagi lama anda terdedah pada sinar matahari, maka lebih tinggi SPF bagi krim pelindung yang digunakan.

3. Rawat kulit setiap hari Bagi remaja yang tidak menghadapi sebarang masalah kulit, tugas menjaga wajah akan menjadi lebih mudah. Mereka hanya perlu melakukan perawatan wajah iaitu pembersihan dan penyegaran pada setiap hari.

Selamat mencuba dan jagalah makhota anda yang berharga ini. Semoga berjaya!


1 komentar:

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger