4 Cara Menjemput Jodoh


Sesungguhnya setiap orang menginginkan jodoh yang terbaik bagi mengharungi bahtera rumah tangga sehingga akhir hayat. Tetapi bukan semua yang kita inginkan akan dapat sekelip mata. Usaha,iman, taqwa dan beramal secara syariat Islam membolehkan seseorang itu mendapatkan jodoh yang terbaik.

Sesetengah orang itu mempunyai jodoh yang cepat, ada yang umur sudah menjangkau ke 30an masih lagi meraba raba mencari pasangan hidup. Kita sering kali mendengar orang orang tua berkata, 'Jika ada jodoh tak kemana'. Sudah tentu ramai yang dah lali dengan kenyataan orang orang tua itu. Bersabarlah wahai hati sekiranya masih tercari cari pasangan yang sesuai yang boleh memimpin kita ke Jannah khususnya untuk para wanita.


Warkah Terkini ingin berkongsi 4 cara untuk menjemput jodoh hasil nurkilan Ustaz Yusuf Mansur semoga kita terbuka minda dan jalan untuk mengorak langkah seterusnya dan membetulkan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.


*Syarat utama adalah kita yakin Allah akan berikan kita pasangan. Ia ada dalam firman Allah,


“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” (Surah Yaasin: 36)


1. Banyakkan berdoa


Antara yang menghijab kita daripada bertemu jodoh adalah kurang berdoa. Berdoa untuk jodoh yang soleh dan dibimbing Allah menjadi jodoh yang solehah walau daripada kecil. Adakalanya pemakbulan doa itu mengambil masa. Justeru, penting berdoa sejak kecil.


Berdoa tiap kali selepas solat. Disarankan berdoa bersama ibu bapa dan keluarga, supaya energi doa itu menjadi lebih kuat dengan izin Allah.


Sebaiknya tiap kali berdoa, beristighfar terlebih dahulu, selawat kemudian nyatakan doa secara spesifik. Kebanyakan orang selepas solat fardhu terus bangun dan tidak menadahkan tangan kepada yang Maha Esa untuk meminta apa yang terbuku di hati. Walaupun bukan mengambil masa yang cepat, istiqamah dengan berdoa, In sha Allah , akan dimakbulkan.


*****



2.Kenali tanda-tanda Allah


Yakinilah, setiap perkara yang berlaku dalam hidup ini, adalah petunjuk dan tanda tanda dari Allah. Ia berkemungkinan besar adalah salah satu tanda-tanda Allah untuk memakbulkan doa kita.


Justeru, selepas berdoa penting peka dengan tanda-tanda yang Allah. Walau sekecil zarah pun, syukuri atas tiap-tiap tanda Allah itu walau kelihatan remeh.


 ****


3. Sedekah untuk tingkatkan potensi pemakbulan

Walau tanda-tanda Allah sudah dapat, kita kena  tetap bersedekah untuk meningkatkan potensi pemakbulan doa supaya proses pemakbulan doa itu lebih cepat.

 ****



4.Laluilah setiap situasi yang datang itu engan berlapang dada, Mungkin setiap apa yang datang itu adalah jodoh kita.



Begitulah saranan Ustaz Yusuf Mansur dalam penjemput jodoh. Insya-Allah apabila mengamalkan 4 perkara di atas, ada sesuatu yang akan terjadi. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba yang mengangkat tangan berdoa kepada-Nya.



Pautan Artikel Aku Islam
Belajar Erti Syukur

6 komentar:

  1. Semoga dipertemukan jodoh yg tepat

    BalasHapus
    Balasan
    1. semoga kita sama sama dapat jodoh pada masa dan org yg tepat.

      Hapus
  2. ye betul3.. mungkin masih kurang berdoa, kurang bersedekah.
    itu barangkali menjarakkan kita dgn jodoh kita.. info yg bagus :)

    BalasHapus

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger