Bayi Mati Dikerumuni Semut


Ajal di usia 3 Bulan

Kejadian bayi mati di taska berulang lagi, apa perasaan seorang bapa apabila anak yang baru dilahirkan telah pergi menemui Ilahi. Kehadiran orang baharu dalam keluarga ini hanya dapat dikongsi kegembiraan selama tiga bulan apabila anaknya Nur Imna Khalisa meninggal dunia di sebuah taska di Persint 11.


Bapanya, Muhamad Zamri Anuar yang berusia 35 tahun mendapati  bibir dan muka anak saya biru, pucat manakala, badannya pula sejuk serta tidak bernyawa lagi. Lebih mengejutkan, saya melihat banyak semut di keliling anak saya, Khalisa, bayi berusia tiga bulan yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah pusat asuhan di Presint 11

Nur Imna Khalisa

Muhamad Zamri berkata, isterinya keluar dari kereta bagi mengambil Nur Imna Khalisa di pusat asuhan itu sementara dia bersama anak sulung menunggu di tempat letak kereta sebelum isterinya keluar seketika kemudian dan memaklumkan arwah sudah meninggal dunia.

Difahamkan, anaknya dihurung semut kerana telah meninggal dunia antara dan hingga tiga jam sebelum ditemui hingga mengakibat belakang telinga, mata dan belakang badan mempunyai kesan gigitan.

Menurutnya, dia terus bergegas ke pusat asuhan berkenaan sebelum mendapati arwah telentang tidak bernyawa di atas katil bayi. Menurut Pengerusi Persatuan Taska Putrajaya, Husna Abdul Rahman berkata, taska tersebut mempunyai lima orang pengasuh dan salah seorang daripada pengasuh cuti sakit.

Warkah terkini berharap kes seumpama ini tidak lagi berulang, kerana ia melibatkan nyawa manusia, peganglah tanggungjawab kerja dengan amanah,mungkin ini suratan takdir tetapi anggaplah pengajaran kepada taska taska di seluruh negara yang lain.

Sumber- Berita Harian, Kosmo, Utusan


0 komentar:

Posting Komentar

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger