Go To Safety Points (GTSP) penjenayah kecut perut?



Warkah Terkini- Apakah itu Go To Safety Points (GTSP)? Ia bermaksud Go To Safety Points (GTSP)  atau Program Titik Selamat. Perlaksanaan GTSP ini berfungsi sebagai sistem asas keselamatan atau butang kecemasan yang dikenali sebagai I Alert. Menjelang penghujung tahun ini, kesemua 43 stesen minyak Shell yg bermula di Pahang akan dilengkapi dengan sistem ini.

Berdasarkan maklumat Sinar Harian, melalui Program Titik Selamat atau Go To Safety Points (GTSP) di bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu, sebanyak 20 buah stesen minyak Shell di Pahang  setakat ini dilengkapi I Alert termasuk lapan di Kuantan.

Dengan adanya sistem ini, ia memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk mendapatkan bantuan keselamatan semasa berada dalam keadaan kecemasan khususnya berkaitan jenayah

Selain itu, dengan sistem ini, stesen minyak Shell menjadi penghubung antara mangsa jenayah atau individu dalam kecemasan dengan pihak berkuasa termasuk polis, hospital dan agensi penguatkuasa berkaitan

Jika berlakunya apa apa kes kecemasan, orang ramai boleh datang ke stesen minyak Shell berdekatan untuk minta bantuan sekiranya berdepan kes kecemasan atau menjadi mangsa jenayah manakala petugas stesen minyak akan menekan butang I Alert sebagai respon

Sejurus butang I Alert itu ditekan, maklumat awal akan diterima pusat kawalan Shell di Kuala Lumpur sebelum memaklumkan kepada  pihak polis dan sebagainya untuk tindakan lanjut.


Usaha stesen minyak Shell ini dengan adanya program GTSP sedikit sebanyak meningkatkan kesedaran keselamatan dan mengeratkan hubungan kerjasama dengan polis.
Dengan rangkaian runcit seluruh negara, Shell dilihat sebagai ikon kepada orang ramai untuk mencari pelindungan bersifat sementara dalam kes-kes kecemasan.

Diharapkan agar stesen stesen minyak lain seperti Petronas, Caltex, Petron dan yang lain lain lagi dapat mengikut jejak langkah Shell ini dalam membantu pihak berkuasa tempatan menangani kes jenayah.

Sumber- Sinar Harian

1 komentar:

  1. hurmm.. menarik jugak nih.. tapi ngape ada dekat pahang je? :3
    bakpe tak buat kat seluruh negeri? ahaha XD ke nak test keberkesanan dulu? hehe XDD
    Misaki ada senjata sndiri ahaha.... XDD
    tapi nih boleh jadi alternatif lain selain mencederakan penjenayah tuh ahaha XDD

    BalasHapus

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger