Isu GST: Anwar jawab Najib ?


Isu GST sememangnya suatu perkara yang membuatkan rakyat rasa jemu dan jelak kerana sebagai rakyat mahu tidak mahu ianya perlu sahaja mengikut keputusan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) .



 Mungkin negara Malaysia perlukan suatu pembaharuan sistem cukai yang lebih tersusun rapi seperti negara negara maju di luar sana, cuma apa yang dibimbangkan kos taraf hidup rakyat yang tinggi membuatkan pelbagai desakan hidup berlaku , maka terjadinya kes kes sosial yang tumbuh bak cendawan.

Walaubagaimanapun, yang menjadi isu serta persoalan bagi Ketua Pembangkang  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa dipersetujui olehnya sejak 1992 itu jelas mengelirukan. Ketua Pembangkang itu menegaskan pelaksanaan GST perlu memenuhi prasyarat tertentu terlebih dahulu serta dilakukan dengan telus dan cekap sebelum ia boleh diperkenalkan tahun depan.

Seperti yang diberitahu oleh PM Datuk Seri Najib Tun Razak  di dalam Parlimen bahawa GST yang dibuat akan bermula pada peringkat yang rendah dahulu yang mana untuk menampung
urus tadbir yang sesuai, ketelusan, tiada ketirisan dan pembaziran serta mengelakkan daripada berlakunya amalan rasuah.

-WT-

2 komentar:

  1. yang pasti kos sara hidup makin meningkat. Kita ada pilihan sama ada mengurangkan perbelanjaan atau menambah pendapatan

    BalasHapus
    Balasan
    1. betul ..yang pasti kos taraf hidup makin tinggi, dan kita perlu cari inisiatif sendiri bagi menambahkan pendapatan.. ")

      Hapus

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger