Senarai Terunggul 10 Orang Terkaya Malaysia

Berdasarkan laporan Forbes yang telah dikemaskini , terdapat  10 empunya perniagaan lelaki terkaya di Malaysia bagi tahun 2014. Ramai antara pemilik bisnes dalam senarai ini turut tersenarai dalam 1,000 lelaki terkaya di dunia tahun 2014. Siapakah satu satunya Melayu Bumiputera yang tersenarai dalam ranking 10 Orang Terkaya Malaysia? Teruskan pembacaan anda.

#1 Tan Sri Robert Kuok Hock Nien



Berumur 91 tahun
Jumlah aset terkini: RM38 billion
Syarikat utama: Kuok Group / Kerry Group
Sumber kekayaan terbesar: Gula, kelapa sawit, perkapalan dan hartanah

Beliau merupakan individu terkaya bertaraf billionaire di dunia tahun 2014 pada kedudukan ke 101. Syarikat beliau, Wilmar International turut tersenarai dalam syarikat minyak sawit tersenarai terbesar di dunia.



#2 Tan Sri T. Ananda Krishnan



Berumur 76 tahun

Jumlah aset terkini: RM37.3 billion
Syarikat utama: Usaha Tegas, Astro, Maxis
Sumber kekayaan terbesar: Telekomunikasi

Dikenali sebagai pemilik bisnes dan dermawan. Berada pada kedudukan ke 102 dalam individu terkaya bertaraf billionaire di dunia tahun 2014.



#3 Tan Sri Lim Kok Thay & Family

Berumur 62 tahun

Jumlah aset terkini: RM21.5 billion
Syarikat utama: Genting Berhad
Sumber kekayaan terbesar: Kasino

Kekayaannya diwarisi daripada ayahnya, Tan Sri Lim Goh Tong yang membangunkan Genting Group. Merupakan pengerusi dan CEO Genting Berhad.



#4 Tan Sri Quek Leng Chan



Berumur 71 tahun
Jumlah aset terkini: RM21.1 billion
Syarikat utama: Hong Leong Group Malaysia
Sumber kekayaan terbesar: Perbankan, hartanah

Beliau merupakan pengerusi Hong Leong Group Malaysia. Beliau mewarisi kekayaannya dari bapanya, salah seorang daripada 3 adik-beradik yang memulakan sebuah kumpulan perbankan yang kecil pada tahun 1920.


#5 Tan Sri Teh Hong Piow


Berumur 84 tahun
Jumlah aset terkini: RM18.5 billion
Syarikat utama: Public Bank
Sumber kekayaan terbesar: Perbankan

Beliau dilahirkan di Singapura. Merupakan pengerusi Public Bank Berhad di Malaysia. Mengikut laporan Forbes, beliau mendapat kedudukan ke 247 dalam senarai billionaire di dunia tahun 2014.


 #6 Tan Sri Lee Shin Cheng


Berumur 75 tahun
Jumlah aset terkini: RM14.2 billion
Syarikat utama: IOI Corporation Berhad
Sumber kekayaan terbesar: Kelapa sawit, hartanah

Syarikatnya, IOI Corporation Berhad pernah disenaraikan oleh Forbes pada tahun 2012 sebagai syarikat minyak sawit dan pembangunan hartanah terbesar.


#7 Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary


Berumur 62 tahun
Jumlah aset terkini: RM10.2 billion
Syarikat utama: AlBukhary Corporation Sdn Bhd
Sumber kekayaan terbesar: Pelbagai antaranya pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta kejuruteraan dan penjanaan kuasa

Antara anak Melayu terkaya dalam senarai individu terkaya di Malaysia dan di dunia. Berada pada kedudukan ke 617 mengikut laporan Forbes bagi senarai billionaire di dunia.

#8 Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay


Berumur 84 tahun
Jumlah aset terkini: RM8.9 billion
Syarikat utama: YTL Corporation
Sumber kekayaan terbesar: Pembinaan, hartanah

Merupakan pengerusi YTL Corporation. Syarikatnya, YTL Corporation dikenali sebagai antara syarikat terbesar dan paling berjaya di Malaysia dalam pembinaan, utiliti, hotel, pembangunan hartanah dan teknologi.

#9 Tan Sri Datuk Sir Tiong Hiew King


Berumur 79 tahun
Jumlah aset terkini: RM5.9 billion
Syarikat utama: Rimbunan Hijau Group
Sumber kekayaan terbesar: Pembalakan, media

Beliau adalah pengerusi Rimbunan Hijau Group, sebuah syarikat pembalakan yang ditubuhkan pada tahun 1975. Operasi pembalakannya di luar negara, iaitu dalam negara Papua New Guinea adalah yang terbesar di negara itu.

#10 Tan Sri Dato Seri Vincent Tan Chee Yioun


Berumur 62 tahun
Jumlah aset terkini: RM5.3 billion
Syarikat utama: Berjaya Corporation Berhad
Sumber kekayaan terbesar: Pelbagai antaranya pengurusan harta untuk loteri, makanan dan minuman
Beliau menguruskan Berjaya Corporation Berhad yang mempunyai pelbagai industri antaranya golf, harta, resort, dan perjudian yang dikenali sebagai Berjaya Group.

SumberForbes , The Star Majalah Niaga





6 komentar:

  1. bilalah kita nak jadi dalah satu org terkaya :3
    kaya sifat, kaya harta, kaya segala-galanya XDD

    BalasHapus
    Balasan
    1. Rezeki masing masing Tuhan dah tentukan..kita perlu berusaha ke arah itu.

      dapat kaya dunia dan akhirat itu sebaiknya. :)

      Hapus
    2. ahaha.. betul jugak kan.. :D

      itu yg sebaiknya InsyaAllah..

      Hapus
  2. ala knpa 10 je. yg ke 11 tu Encik Ji la hahaha

    BalasHapus
    Balasan
    1. Yang penting keberkatan dalam rezeki kita..terbaik Warkah terkini!

      Hapus
  3. encik Ji pun kaya, share la sikit kekayaan anda bersama saya.hehe

    BalasHapus

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger