25 Kenangan Zaman Kanak Kanak Yang Buat Kita Tersenyum Lebar

Zaman Kanak Kanak

Apa kenangan anda zaman menjadi kanak-kanak? Mustahil anda semua yang lahir pada tahun 1980-an tidak mengalami perkara yang sering dilakukan oleh kanak-kanak.  Mustahil tidak pernah terjadi. Jom kita tengok satu persatu di bawah.

25 Kenangan Zaman Kanak Kanak Yang Buat Kita Tersenyum Lebar

1. Buka kipas, cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.

2. Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.

4.Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.

5. Lukis burung guna huruf 'm'.

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.

7.Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡

8.Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak
     tengok bila lampu dia mati.

9. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. 1 jam dalam bilik air.

10. Fikir dunia kartun memang wujud.

11. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.

12. Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.

13. Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.

14. Susun kusyen dan buat seni binaan.

15. Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki. 

16. Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.

17. Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.

18. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.

19.Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.

20. Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.

21.Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.

23.Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.

25. Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.

  Ops!mesti senyum kan baca.hehe.


Bacaan Terpilih - Aktor Korea Kacak

3 komentar:

  1. haha..kelakar jugak bila teringat semula..

    BalasHapus
  2. post menarik bila membacanya kembali mengimbau sejarah lama yang tertinggal di dalam memori..........tahniah

    BalasHapus

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger