6 Kelebihan Bangun Awal Pagi

Pagi yang hening

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Ramai di kalangan kita tidak tahu tentang istimewanya apabila kita bangun awal pagi. Kelebihannya secara rasionalnya bukan sekadar tubuh badan kita sihat dan segar malah masa yang kita lebih panjang sedangkan orang lain yang lewat bangun telah pun menghabiskan masanya dengan tidur di kamar. Bila anda berpagi pagi dalam melakukan sesuatu rezeki anda akan lebih mudah 'melekat' berbanding anda bermalas malasan dalam memulakannya apabila matahari sudah naik tinggi.

Waktu pagi adalah waktu paling efektif mental dan fizikal kita selepas berehat malam hari. Orang-orang yang berjaya ramainya mengamalkan bangun awal dan memulakan kerja awal. Sekiranya anda berniaga, maka, mulakan aktiviti perniagaan anda awal pagi nescaya akan berjaya. Mari kita panjangkan bacaan anda tentang. 6 Kelebihan bangun pagi;

#1 Dapat bersenam

Menghirup udara segar pada pagi hari dapat memberikan tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Dengan sedikit masa walaupun sekadar lima minit untuk bersenam, boleh menjadikan tubuh badan kita bertenaga.

#2 Bersarapan Awal

Bersarapan pada waktu pagi merupakan antara perkara penting yang dilakukan. Dengan sarapan , tenaga dapat dijana untuk bekerja, belajar dan berfikir. Selain itu, sarapan merupakan cara berdiet yang betul dan mampu mencegah kegemukan.

#3 Emosi yang stabil

Cuba kita lihat, kebanyakan pekerja terlewat ke tempat kerja kerana bangun lewat. Kesudahannya mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, kemudian terlewat sampai ke tempat kerja dan dimarahi pihak atasan. Hasilnya, emosi akan terganggu sepanjang hari tersebut.

#4 Dapat Menyelesaikan Kerja dengan segera

Bagi seorang ibu yang bekerjaya, bangun awal pagi memberi ruang masa yang lebih untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah seperti membasuh pakaian, memasak dan membuat sarapan untuk suami dan anak-anak. Bagi seorang pelajar, bangun awal mereka boleh mengulangkaji pelajaran. Begitu juga bagi suami yang bangun awal dapat mengejutkan isteri dan anak anak untuk solat Subuh secara berjemaah.

#5 Menyambut Hari Baru

Diberi keizinan untuk memulakan hari baru ialah nikmat yang tidaj ternilai harganya. Bayangkan seandainya kita tidur panjang dan selama-lamanya? Maka, bersyukurlah dikurniakan hari yang baru dengan memulakan hari pada awal pagi lagi.

#6 Produktivit Kerja Lebih Baik

Dengan tenaga yang terhasil daripada senaman dan sarapan, maka ia mampu memberikan hasil kerja yang baik dan berkualiti tinggi.

Itu sahaja yang boleh dikongsikan. Kepada yang masih belum dapat bangun seawal pagi, ayuh! Mari kita berubah pada hari ini agar kita menjadi orang yang manfaatkan masa yang Allah berikan di dunia ini.








2 komentar:

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger