Subsidi untuk petrol RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember 2014?


Subsidi petrol RON95, diesel dihentikan mulai 1 Dis

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan berkata, kaedah ini adalah sama dengan pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak 2010.

“Harga runcit produk petroleum di Malaysia ditentukan melalui kaedah Automatic Price Mechanism (APM) sejak 1983.

"Melalui APM, kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu di mana perubahan kos produk tidak akan mengubah harga runcit.

“Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal ini, purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bulan berikutnya.

Jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat, dan sebaliknya,” jelas Hasan.

Tambah beliau, harga runcit RON95 bagi bulan Disember dijangka akan dikurangkan.

 Sumber  Astro Awani


1 komentar:

  1. KINI ANDA BOLEH MEMPERBAHARUI ROADTAX & INSURANS / TAKAFUL KENDERAAN TANPA PERLU KE JPJ @ PEJABAT POS SERTA TANPA PERLU BAWA GERAN ORIGINAL, LEBIH MUDAH JIMAT DAN SELAMAT MELALUI KIOSK MYEG AL FAID BARAKAH SERVICES (PUCHONG AREA)


    http://www.roadtaxmyeg.com/2013/10/al-faid-barakah-services.html

    BalasHapus

Komen dan maklum balas anda dialu alukan.

 

Label

Copyright © 2014. WarkahTerkini - All Rights Reserved
Template Created by Templateure
Proudly powered by Blogger