Pada Tahun 2014 ini menjadikan sejarah pengurusan UPSR terburuk dalam sejarah tanah air Malaysia. Apa yang sudah jadi? Berikutan hampir semua mata pelajaran sudah bocor?
Menurut, akbar Utusan , elepas kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik bocor, kini Lembaga Peperiksaan (LPM) mengesan dua lagi mata pelajaran yang turut mengalami perkara sama iaitu Matematik dan Bahasa Tamil.
Perkara itu didedahkan oleh pegawai kanan lembaga terbabit yang hadir membuat laporan polis berhubung kebocoran itu di sebuah balai polis di Putrajaya pada 21 September 2014.
Seperti yang dimaklumkan, pihak Lembaga Peperiksaan khuatir kedua-dua kertas peperiksaan tersebut turut bocor dan meminta pihak polis membuat siasatan lanjut.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md, Isa ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu dan memberitahu, pihaknya akan membuat siasatan rapi berdasarkan laporan polis yang diterima.
Kami di Warkah Terkini, berharap agar pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan dan di kenakan hukuman yang setimpal dengan tindakan mereka. Keadaan yang berlaku ini merugikan banyak pihak terutamanya pihak sekolah dan murid murid sekolah.
Sumber- Utusan
Pautan lain: UPSR- Pengarah Peperiksaan DiPecat
Dah xde koje lain nak membocor jea...stakat UPSR,bkn blh msk U terus pun...dok exam JPA pun blh bawa buku time exam...xde mslh pun..
BalasHapusye Tuan, jika diperingkat rendah lagi sikap begini, apatah lagi peringkat U nanti, di mana tahap pendidikan tanah air kita?
Hapusfikirkan selamat beramal.
tahan tahan.. tahan org yg bocorkan.. geram betul.. menyusahkan budak2 nak kena amek exam semula je ritu..
BalasHapus